ASSALAMUALAIKUM
Tidak dapat dinafikan bahawa gajet boleh dimanfaatkan oleh seluruh anggota masyarakat, namun penggunaan gajet yang berlebihan dalam kalangan kanak-kanak didapati mempunyai kaitan dengan peningkatan kes-kes kecelaruan perkembangan seperti hiperaktif, autisma, lambat bercakap,dan masalah sensori motor. Beberapa panduan yang perlu diikuti mengenai penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak terutamanya anak yang masih bayi hingga prasekolah.
1. Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun tidak memerlukan gajet. Mereka perlu bergerak, berjalan, melompat, berlari, memanjat, makan dengan tangan sendiri, melukis, bermain pasir, menunggang basikal, mengutip batu dan lain-lain. Sekiranya mereka terjatuh, bantulah mereka untuk bangun semula dengan kasih sayang, bukan dengan kemarahan.

2. Hadkan penggunaan gajet hanya maksimum 30 - 60 minit sehari terutamanya sekiranya mereka bermain games bersendirian. Sekiranya ibu bapa yang memberi penerangan atau pendidikan dengan menggunakan tablet, lakukan dengan sela masa 30 minit misalnya.
3. Sebaik-baiknya gajet hanya diberi hujung minggu sahaja dengan total penggunaan tidak melebihi dua jam sehari.
4. Bercakaplah dengan anak anda. Lebih lama anda meluangkan masa bercakap dengan kanak-kanak, maka mereka akan lebih percaya kepada anda. Sekiranya mereka meluangkan lebih masa dengan tablet berbanding manusia, maka mereka akan lebih percayakan tablet (Mr. Google, uncle Youtube) berbanding manusia.

5. Bawa anak anda bermain di luar sekurang-kurangnya satu jam sehari. Sama ada di taman permainan, bermain basikal, bola sepak atau memancing. Giatkan interaksi anak dengan alam sekitar.
6. Berikan buku dan pensil serta alatan mewarna sekiranya tiada peluang bermain di luar. Jadikan rumah anda mesra kanak-kanak dan tidak mempunyai terlalu banyak perhiasan yang mengganggu aktiviti kanak-kanak.

Di dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani, Nabi saw berpesan kepada ibu bapa:
"Didiklah anak-anak kamu berlandaskan tiga perkara: cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarganya dan membaca al-Quran."
#TeacherKongsi
sumber : Majalah anis (bil 205)
No comments:
Post a Comment